088-213240ecogreenpia@gmail.com

‘ZERO WASTE HOUSE’ TERDIRI DARIPADA DUA (2) MESIN DALAM SATU PAKEJ

Kami mempunyai Pemproses Sisa Makanan BioGreen (EBG-100) & Volcano Burner (V-150) yang ditempatkan di dalam ZERO WASTE HOUSE ini.

Zero Waste House

MEMPERKENALKAN ZERO WASTE HOUSE

Pertambahan penduduk, proses pembandaran dan perindustrian yang pesat menyebabkan bertambahnya sisa komersial yang dijana oleh masyarakat. Pengurusan sisa komersial merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat terutama di bandar. Sisa komersial merangkumi 70% sisa plastik, carton dan sebagainya. 20% peratus merangkumi sisa makanan sdan 10% adalah sisa pepejal

Kos pengurusan sisa komersial dari peringkat pengutipan, pengumpulan, pengangkutan sampah hingga ke tahap pelupusan, sangat tinggi. Malahan, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terpaksa membelanjakan di antara 40 hingga 70% hasil cukai taksiran tahunan bagi tujuan mengutip dan melupuskan sampah. Di samping itu, PBT juga menghadapi masalah bagi mendapatkan kawasan yang sesuai untuk melupuskan sampah yang semakin banyak dibuang itu.

Oleh yang demikian, usaha pelaksanaan pengurusan sisa komersial bersepadu adalah sangat penting memandangkan statistik pembuangan sampah meningkat setiap tahun yang mana PBT menyatakan setiap individu membuang sisa komersial 1 kilogram setiap hari (Jaringan Kerajaan Tempatan,1999) Jika semua sampah yang dihasilkan oleh seluruh penduduk dikumpulkan selama 1 bulan sahaja, ia akan memenuhi kira-kira empat buah Menara Kuala Lumpur!

Penyelesaian terbaik untuk menanggani masalah sisa komersial adalah pembakaran menggunakan insinerator. Pada masa yang sama kita juga menghadapi masalah semasa penggunaan incinerator seperti:

Masalah yang dihadapi 

  • Boleh menghadapi masalah-masalah alam sekitar seperti pencemaran udara.
  • Kos perbelanjaan yang tinggi untuk membina loji bagi incinerator.
  • Kos penyelanggaraan yang tinggi.


Masalah-masalah di atas dapat diselesaikan dengan menggunakan mesin mesra alam Eco Greenpia Sdn Bhd. Kami akan meletakkan satu Zero Waste House di setiap kawasan perumahan. Setiap kawasan perumahan mempunyai 500 hingga 600 buah rumah. Zero Waste House ini dapat membantu menghapuskan sisa-sia domestik dan sisa makanan yang dihasilkan oleh setiap rumah.

APA ITU ZERO WASTE HOUSE
Zero Waste House mempunyai 2 unit mesin iaitu 1 unit insinerator mesra alam serta satu unit mesin sisa pelupusan makanan (BG 100Kg) seperti di bawah:

ZERO WASTE HOUSE:
1. VOLCANO / INSINERATOR
2. BIO GREEN 100KG MESIN PENGURAIAN SISA MAKANAN

Zero Waste House ini boleh membantu menghapuskan sisa komersial 2 hingga 3 tan sampah yang dihasilkan oleh 500 hingga 600 buah rumah dalam satu kawasan perumahan.

Sisa makanan akan dimasukkan ke dalam mesin sisa pelupusan makanan BG 100Kg. Di mana mesin ini menggunakan mikroorganisma untuk memproses sisa makanan ini menjadi air.

Pada masa yang sama sampah-sampah yang lain akan dimasukkan ke dalam insinerator bagi proses pembakaran. Selain itu sampah-sampah yang yang boleh dikitar semula akan diberi untuk tujuan kitar semula.

Kami Eco Greenpia ingin memperkenalkan Zero Waste House ini di setiap kawasan pembuang sampah di setiap kawasan perumahan kerana saiz insinerator ini lebih kecil daripada kereta Van Toyota.

Serta, insinerator mesra alam kami iaitu Volcano Burner dapat membakar sampah-sampah pada suhu 1000 darjah celcius tanpa asap dan emisi. Selain itu mesin kami juga telah diuji dan diperakui oleh perunding alam sekitar yang berdaftar dengan JAS.

PERLUKAN MESIN PEMBAKAR BERSKALA BESAR?

Close Menu
ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay